Wednesday 25 January 2012

KKHL Ice Blended (Nasben Ice Blenz)

~Sticky Post~


Satu lagi jualan terbaru dari e-tech KKHL; Ice Blended (Nasbenz Ice Blenz). Boleh didapati dalam pelbagai perisa. seperti:

  • coklat, 
  • tiramisu (antara yang paling laras!), 
  • cappuccino, 
  • mocha, 
  • oren, 
  • peppermint, 
  • latte,
  • strawberi,
  • blu icez, 
  • malt dan 
  • green honey


Harga jualan :
  • cawan kecil : RM2
  • cawan besar : RM3.50


Waktu operasi?

Buat masa ini perniagaan beroperasi pada setiap hari Rabu dan Khamis (11 pagi hingga 3.00 petang)



Lokasi jualan di mana?

di Ruang Legar KKHL.

**Perniagaan ini di jalankan oleh pelajar-pelajar kolej yang mana ia merupakan salah satu latihan simulasi perniagaan bagi tujuan membudayakan nilai-nilai keusahawanan.




Hari Minda Usahawan KKHL


Anjuran                      :   Etech Centre KKHL dengan kerjasama Koperasi Berhad KKHL
Tempat                      :   Ruang Legar KKHL
Tarikh                         :  10 Januari 2012
Masa                          :  8.30 pagi – 2.00 petang
Bilangan Peserta     :   200 orang


Hari Minda Usahawan E-tech Centre Kolej Komuniti Hulu Langat telah dilaksanakan dengan jayanya pada 10 Januari 2012 bertempat di Ruang Legar Kolej Komuniti Hulu Langat bersempena dengan pendaftaran pelajar baharu sesi Januari 2012. 

Objektif utamanya adalah untuk menerapkan budaya keusahawanan dalam kalangan warga kolej. Antara barangan yang dijual adalah Ice Blended, baju, tudung, minyak wangi, peralatan P&P pelajar, makanan dan juga minuman. Promosi pembukaan jualan Ice Blended mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelanggan. 

Diharapkan agar selepas ini budaya keusahawanan akan dapat diterapkan dalam diri para pelajar. E-tech Centre KKHL juga akan memberikan tunjuk ajar dan menjadi medium perantara kepada para pelajar yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan.

 


Pelbagai barangan dijual sempena Hari Minda Usahawan E-tech Centre KKHL.